Welcome :) Follow me :D

Saturday, July 3, 2010

Teardrops on my teddy

Assalamualaikum. Crying badly for these past few days. Allah saja tempat aku mengadu. Setelah berbagai nasihat diberi oleh insan² yang menyayangi aku, akhirnya aku sedar bahawa setiap kejadian yang menimpa diriku pasti ada hikmah disebaliknya. Walaupun sukar untuk diterima. Aku tetap harus sabar dan tabah. :) Terima kasih to all my syg[s].



Pertemuan antara kita,
Tidak pernah dirancang,
Tetapi telah diatur kemas oleh Rabbul Jalil,
Yang mengetahui suara hati antara kita,
Yang mengimpikan kehadiran seorang insan,
Bergelar kakak...

Walaupun bukan aku yang diharapkan,
Tetapi akulah yang hadir dalam hidupmu,
Mungkin kehadiranku tidak pernah dinanti,
Namun, Tiada walau secalit kekecewaan,
Apatah lagi kekesalan di hati ini,
Malah, Aku amat menghargai pertemuan ini,
Kerana dengannya,
Terjalinlah sebuah ikatan ukhwah yang akrab...

Perpisahan...
Ternyata amat menyakitkan,
Sering kali mengundang air mata,
Keindahan dan kebahagiaan yang kita nikmati bersama,
Bagaikan disentap pergi serta-merta,

Walaupun begitu, ingatlah...
Bertemu dan berpisahnya kita kerana Allah,
Oleh itu, Terimalah dengan penuh keredhaan...

Sekiranya ingatanmu singgah padaku,
Kirimlah sepotong doa tika itu,
Moga masih ada lagi pertemuan selepas ini,
Jika tidak di dunia fana ini,
Di Jannatul Firdaus yang kekal abadi...
Insya-Allah :')

No comments:

Post a Comment