Welcome :) Follow me :D

Sunday, July 4, 2010

Hari pertama sekolah untuk bulan Julai

Assalamualaikum. Annyeonghaseyo! Olla! Hello! :) Tomorrow Uniey sekolah setelah seminggu bercuti. Hehe. Bukan escape tau. Tapi sakit. Uniey sakit mata selama seminggu. Lama tuu. Fuhh! Tapi sekarang, alhamdulillah. Uniey sudaa kembali sihat dan ceria. Semua kawan risau Uniey tak datang sekolah. Diorang ingat Uniey chicken pox *mentang² sekarang ni banyak orang sakit penyakit tu* Hmm. Uniey dah penah kena chicken pox, takkan dua kali nak kena. Tak ndak aku. Huhu. Ada kisah disebalik camne Uniey boleh kena chicken pox masa kecik² dulu. Nak tau tak? Lucu lah gak kisah tu.


Masa tu, umo Uniey masih kecik lagi. Dalam 5 or 6 tahun. Al-kisah bermula, Uniey dan abang saudara Uniey sedang bermain kat telaga belakang rumah. Sewaktu bermain tu, dia ternampak sarang tebuan kat dalam telaga. Dia ajak lah Uniey pegi baling batu dekat sarang tu. Memandangkan waktu Uniey ni sangatlah bendul *mengaku lah*, Uniey tikam jer lah. Tikam punya baling, terkena! Hah! Abang sudah lintang pukang berlari dan Uniey pulak lambat pick-up! Abang teriak suruh Uniey lari, baru Uniey lari. Hahaha. Lawak jugak bila dipikir² dan diingat². Akhirnya, kena sengat jugak. Haha. Sakit satu badan. Dah kena sengat, kena marah lagi oleh abah Uniey. Nak mandi pun tak nak sebab takut sakit. *Padan muka kat Uniey yang kecik tu*
Oke. Bila dah sembuh dari sakit kena sengat tu, Uniey dan adik² kena chicken pox pulak aiii. Memang malang tak berbau betol lah. Huhu. Dah lah Uniey ni jenis degil sikit dalam bab ubat-ubatan ni. Kalau boleh, memang nak elak dari makan ubat. 1001 alasan yang Uniey buat. Tapi, waktu chicken pox tu, mesti makan ubat! Dahlah kena makan ubat, kena berpantang dari makan makanan yang boleh menyebabkan kesan pox² ayam tu lambat nak hilang. Huhu. 
Pengajarannya, jangan bermain dengan sarang tebuan. Haha. 


Mata sakit *kiri*. Mata sihat lagi bersinar*kanan*




Hmm. Esok sekolah. Sekolah. Sekolah. Rindu sangat ngan kengkawan. Tadi diorang mesej, rindu ngan aku lah tu. Haha. Tau pun nak rindu dengan kawan diorang yang nakal ni. Hehe. Uniey memang nakal kat sekolah tau. Tapi dengan kengkawan jer lah. Dengan orang lain, Uniey pemalu. Hehe. Esok jadual sampai 2.10 petang lah. Nasib belum ada gerko lagi. Form 3 ngan 5 ada exam. Huhu. Banyak cerita yang Uniey tertinggal kat sekolah tu. Pelajaran pun! Aduhh. Uniey kena catch-up ni. Kalau tak, bluurrr lah jawab nya time exam nanti. 


Hari ni dah 4 Julai. Tak lama lagi nak RAYA! Yay! Hehe. Eh. Eh. Eh. Puasa ganti pun tak habis lagi. Hahaha. Ape lah engko ni. Ok. Uniey nak buat to do list lah untuk bulan Julai nih. 

To do LIST *month: July*

1. Habiskan puasa ganti
2. Settlekan semua hutang*macam banyak jer bunyi*
3. Tengok Twilight saga : NEW MOON !
4. Study untuk Progresif 3

Tu jer kot... Hmm. Baiklah. Sampai sini jer Uniey post kali ni. Thanks for reading :) Annyeong! Wassalam.

No comments:

Post a Comment