Welcome :) Follow me :D

Wednesday, August 11, 2010

Im back! ^^

Assalamualaikum warahmatullah~ AnnyeongHaseyo! Ish3. Lama gak Uniey tak update blog terchenta nih. Huhu. Uniey dilanda kesibukan belajar. Korang rindu dengan Uniey ek? Sape rindu, sila angkat kaki! Hikhik. Takde lah. Gurauan semata-mata. Korang sume pa kabar? Uniey harap sume pembaca blog nih sihat2 jer.


Tup! Tup! Ehh! Dah bulan pose daa. Ahlan wahsahlan ya Ramadan Al-Mubarak. Korang pose tak ri ni? InsyaAllah, Uniey percaya korang menjalankan tugas sebagai seorang hamba Allah kecuali lah yang ada kes emergency tu kan. Maklum lah, orang pempuan lah katakan. Hekhek. Memahami2.


Sempena bulan Ramadhan ni, persatuan pelajar Islam kat skolah Uniey ada buat pelbagai aktiviti bagi mempertingkatkan amal ibadah sempena bulan Ramadhan yang mulia ni. Segala titik peluh dan keletihan sepanjang menguruskan aktiviti2 tersebut hanya kerana Alllah. Kalau tak kita yang mula, siapa lagi yang nak mulakan. Pada hujung minggu lepas, Persatuan Pelajar Islam Kolej (PPIK) mengadakan kem nadwah kepimpinan 2010. Best giler kem tu. Tak menyesal pegi tau. Hikhik. Lepas jer kem tu, majlis perlantikan AJK baru PPIK. Hari Isnin Uniey tak dapat nak turun sekolah. Sakit kaki yang teramat sangat. Hehe. So, time majlis perlantikan tu berlangsung pada petang hari Isnin tu, kawan Uniey call sebab nak beri tau yang Uniey ni ada jawatan. Eiisshh! Uniey betol2 tak caye time tu. Tambahan pula, kawan Uniey tu kuat sangat bergurau. Huhu. Tapi, betol2 rupe nyer. Hikhik. Uniey dilantik jadi Penolong Biro Keceriaan. Alhamdulillah~ Besar tanggungjawab kalau terpilih jadi AJK PPIK ni tau. Hmm. InsyaAllah, batch kitorang akan melakukan sehabis baik untuk membantu pelajar Islam kat kolej tu. Doakan yang terbaik buat kami. ^^


Minggu lepas, Uniey exam untuk PROGRESIF 3 tau! Fuhh! Gila punya susah paper exam kali nih. Hikhik. Tak kesah lah kalau banyak paper yang Uniey gagal. InsyaAllah Uniey akan buat yang terbaik time exam Semester 2 kelak. Uniey selalu pegang dengan kata2 mak cik Uniey, " Masa depan ditangan kita sendiri. Bukan orang lain yang dapat bantu kita menentukan masa depan yang baik. Bukan mama, bukan abah, bukan kawan2, mahupun adik2." Uniey selalu sematkan kata2 tu kat hati Uniey. Uniey tak nak jadi anak yang tak mengenang budi ibu dan bapa. Kita berusaha dan terus berusaha, biar Allah yang menentukan hasil usaha kita. Peace yaww! ^^


Baiklah, lain kali Uniey citer2 lagi ek? Nak siapkan kerja sekolah. Akhir kata, SELAMAT BERPUASA kepada semua Muslim. Tingkatkan lah amal ibadah anda dibulan yang penuh kemuliaan ini. :) Wassalam.

No comments:

Post a Comment