Welcome :) Follow me :D

Monday, May 23, 2011

KAMI HANYA INSAN BIASA

Assalamualaikum wbt kepada semua pembaca :)

Post ini ku tujukan buat insan yang ku sayangi . 
Ketahuilah , sesungguhnya kami sangat mengambil berat akan kalian .
Setiap yang kami lakukan mempunyai sebabnya .
Adakah anda mengetahui bahawa mencegah itu lebih baik dari mengubati ?
Kami sebagai kakak dan abang hanya mahukan yang terbaik buat diri kalian . 
Kami menegur kasalahan kalian kerana tidak mahu anda , anda dan anda menjadi lebih teruk pada masa hadapan . Kami sedar diri kami tidak sebaik dan sempurna .
 RENUNG - RENUNGkan lah ;

“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim)

Kami sayang akan kalian . 
Kalianlah pelapis kami kelak . 
Anda sepatutnya bersyukur kerana mempunyai senior yang memikirkan tentang diri anda .
Kami tidak mahu anda terjerumus dengan perkara yang dimurkai Allah , wahai adik-adikku . 
Kami faham , tindakan kalian menyindir kami serta bermusuhan dengan kami adalah kerana ketidakpuasan hati . 
MAAF , MAAF dan MAAF kami pinta .
Kalian belum sedar dan berfikiran matang . 
Anda akan faham mengapa kami berbuat demikian terhadap anda .
Usia kalian masih muda wahai adik-adikku . 
PMR pun tak lepas . SPM lagilah .
AMANAH . Adakah kalian sedar bahawa kalian telah melanggar amanah yang telah diberikan oleh ibu dan bapa kalian ?
AMANAH - menuntut ilmu di sekolah . 
Sedarlah ! 

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (surah al-Hujurat [049] ayat 13)



Ini buat kalian ;

CINTA, Fitrah Setiap Manusia, 
Berkata Imam Qurthubi: “ALLAH SWT memulai dengan wanita kerana kebanyakan manusia menginginkannya, juga kerana mereka merupakan jerat-jerat syaitan yang menjadi fitnah bagi kaum lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah SAW; 
“Tiadalah aku tinggalkan setelahku selain fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada wanita.” (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah) 


Oleh kerana cinta merupakan fitrah manusia, maka ALLAH SWT menjadikan wanita sebagai perhiasan dunia dan nikmat yang dijanjikan bagi orang-orang beriman di syurga dengan bidadarinya.

Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata; Rasulullah SAW bersabda; 
“Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah.” (Hadis Riwayat Muslim, Nasa’I, Ibnu Majah, Ahmad,Baihaqi) 


ALLAH berfirman; “Di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik.” (ar-Rahman: 70) 


Namun, Islam tidak membiarkan fitnah itu mengembara tanpa batasannya. Islam telah mengatur dengan tegas bagaimana menyalurkan cinta, juga bagaimana batasan pergaulan antara dua insan berlawanan jenis sebelum nikah, agar semuanya tetap berada pada landasan etika dan norma yang sesuai dengan syariat. 

Sekian , wassalam :) 

No comments:

Post a Comment