Welcome :) Follow me :D

Wednesday, February 2, 2011

Kalau ada jodoh, takkan ke mana bukan ?


Bismillahirrahmanirrahim. .  Assalamualaikum pembuka bicara. . :)



Dari jiwa dan raga setiap insan ,

bukan hanya melahirkan cinta pada seorang kekasih ,

cinta juga boleh lahir untuk semua makhluk Tuhan .

Cinta yang paling Agung ialah ,

Cinta pada Tuhan Yang Maha Suci .




Cinta adalah sesuatu yang indah dan unik anugerah dari Ilahi. Seindah waktu ia diciptakan. 

Cinta itu aneh. Sukar untuk ditafsirkan. Datangnya bukan dari paksaan , perginya pula tanpa kerelaan. Cinta itu penuh mesra dengan kasih sayang. Ianya perlu dibelai dengan kelembutan bagi menyerikan lagi keindahannya. Kekasaran boleh mencipta sebuah perpisahan.

Manusia kadang kala lupa , cinta adalah syarat berlangsungnya kehidupan perkahwinan. Malah , tanpa cinta , perkahwinan itu akan mati. Ibarat rumah kosong tidak berpenghuni.

Mungkin benar tatkala kita kehilangan barulah kita menyedari. Mungkin benar saat kita terluka barulah kita mengerti. Mungkin benar bila kita rasakan rindu yang sangat dalam barulah kita tahu seberapa besar makna dan erti seseorang bagi kita.

Jika kita kehilangan cinta , pasti ada alasan disebaliknya. Alasan yang kadang-kadang sukar untuk kita fahami. Namun percayalah bahawa ketika Allah mengambil sesuatu dari kita , telah Dia siapkan sesuatu yang lebih baik buat kita. 

INGATLAH !!! 

Apabila manusia gagal mencari cinta Tuhannya, maka cinta sejati tidak akan ditemuinya. 

Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta , manusia menghadapi krisis nilai. Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa.

Sifat Cinta
Cinta itu suci , mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak , cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia.Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu,membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci,maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta,maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu.Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta,lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi.Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami.Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta.Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

Pesan ku buat semua :

Jangan tertarik kepada seseorang karena parasnya sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya karena kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, karena hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Semoga kamu menemukan orang seperti itu.


Cinta datang kepada mereka yang masih berharap sekalipun pernah dikecewakan, kepada mereka yang masih percaya sekalipun pernah dikhianati, kepada mereka yang masih mencintai sekalipun pernah disakiti hatinya.
Hanya diperlukan waktu semenit untuk menaksir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.



عد إلى الله بقلب خاشع
Kembalilah kepada Allah dengan hati yang khusyu’.
وادعه ليلا بطرف دامع
Dan berdoalah kepadaNya dengan mata yang menangis,
يتولاّك بعفو واسع
nescaya Dia akan menyambutmu dengan kemaafan yang luas.
ويبدّل كلّ تلك السيّئات
Dan Dia akan menggantikan semua keburukkanmu itu,
حسنات أجرها لن ينفدا
dengan kebaikan yang dilimpahkanNya kepadamu tanpa habis-habis.
كلّ هذا العفو للعبد المنيب
Segala kemaafan itu diberikan bagi hamba yang kembali (kepadaNya).
سابغا من خالق الكون الرّحيب
Sebagai kurnia yang melimpah dari Pencipta alam semesta
للّذي تاب إليه من قريب
bagi orang yang segera bertaubat kepadanya




Kau mencintaiku
melebihi cintaku padaMu.
HidayahMu memaut setia saat kurebah.
AmpunanMu meredakan sedu-sedan tangisanku.
Titisan air mata menjadi kelip-kelip manik aneka warna
menghiasi kegelapan malamku di kala bersamaMu.
Sebagai saksi bisikkan madah cintaku
padaMu mekar harum sentiasa.




Cinta Allah tidak terkira, cinta Rasul membawa Islam kepada semua, cintaku pula berjuang untuk Pencipta, Sang Pencipta yang mencipta rasa cinta.




" Ya Allah , sekiranya aku jatuh cinta , maka jatuhkanlah cintaku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu . Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaimu . " :)


♥ pesanku buat dirimu. . semoga engkau sabar menanti :) *sama-sama SPM lok kayh ? 




Wassalam :)

No comments:

Post a Comment