Welcome :) Follow me :D

Monday, August 23, 2010

Islamic LOVE ♥

Salam seindah mutiara berkilauan buat teman-teman yang mengenali diri ini. Alhamdulillah kerana sehingga hari ini kita masih diberi peluang untuk hidup di bumi ALLAH ini. 

Teman-teman,

Apakah kalian pernah bercinta? Pastinya di alam remaja ini,sudah ramai anak remaja yang ingin mencari pasangan hidup atau teman untuk dijadikan tempat mengadu,bermanja mahupun sebagai pendorong. Apakah anda mengetahui apa itu erti cinta yang sebenar? Jika ditanya,pastinya bermacam-macam jawapan yang akan kita peroleh. Ada remaja yang berpendapat erti cinta ialah suatu pengorbanan ,cinta ialah satu perasaan yang lahir dari hati yang sukar di ungkap,cinta lahir dari pandangan pertama,dan banyak lagi. Jika di bicarakan,mungkin sampai kapan pun tidak habis dibicarakan.
Suatu hari,ana pernah bertanya kepada sahabat ana yang mana merupakan bekas pelajar Maahad Tahfiz Negeri Pahang,Kuantan tentang erti cinta baginya,ana tertarik dengan jawapan yang diberikan. Jawapannya begitu mudah dan ringkas.



C - CINTA
I  - ITU
N - NERAKA
T - TANPA
A - ALLAH


Satu ayat yang cukup ringkas,mudah di fahami tetapi mempunyai makna yang begitu mendalam. Kata-kata ini juga boleh dijadikan sebagai prinsip hidup dalam bercinta. Ya! Jika difikir-fikirkan kembali kata-kata ini. Ianya memang benar..CINTA ITU NERAKA TANPA ALLAH!!!! Pernahkah kita bertanya kepada diri kita sendiri,untuk apa kita bercinta? Apakah matlamat cinta sebenar kita?kerana siapa kita becinta? Atas dasar apakah cinta itu dijalin? Apakah yang kita peroleh dengan bercinta?? Apakah kebahagiaan mahupun hanya kesengsaraan yang melanda? Adakah kita berjaya melawan nafsu dan syaitan yang menggoda semasa becinta dan apakah kita terlepas dari dosa-dosa yang dilarang oleh ALLAH semasa bercinta?? Fikir-fikirkanlah…


Ingatlah,cinta itu sebenarnya merupakan satu perasaan yang sangat indah. Tetapi jika salah ditafsir, maka secara automatik cinta akan menjadi sesuatu yang amat menyakitkan dan membawa kesengsaraan. Ada satu ayat yang pernah ana terbaca di dalam satu karya. Kata-kata itu berbunyi “Cinta yang dibina berlandaskan hawa nafsu semata-mata sebenarnya cinta yang dianugerahkan oleh ALLAH kepada haiwan”. Jadi, berdasarkan kata-kata ini,renung-renungkanlah...






Tidak perlu dinafikan lagi,anak remaja zaman kini terlalu mudah untuk jatuh cinta tanpa memahami apa itu cinta yang sebenar. Cinta itu tidak akan hadir tanpa hati yang tulus dan ikhlas mencintai dan menerima sebarang kelemahan atau kekurangan. Remaja kini juga memilih pasangan hanya berlandaskan nafsu semata-mata tanpa memikirkan pasangan yang sepatutnya dijadikan teman hidup. Mereka sering menilai darisegi kecantikan,kekayaan dan hanya memandang luaran semata-mata. Apakah kita akan bahagia mempunyai pasangan sebegini? Apakah pasangan ini mampu membimbing anda ke jalan yang benar? Apakah pasangan ini yang mampu membantu anda meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada ALLAH?? JAWAPANNYA ADALAH TIDAK!!! Jika pasangan sebegini yang anda pilih untuk dijadikan teman, kemungkinan anda yang terus terhanyut dengan mainan dunia. Hanya teman yang mempunyai keimanan dan ketaqwaan kepada ALLAH sahaja yang mampu membantu anda mencapai cinta hakiki.


Tidak salah untuk kita bercinta di alam remaja kerana cinta merupakan perkara normal yang dialami oleh semua makhluk Tuhan yang hidup di bumi ini. Tetapi cintailah sesuatu yang lebih utama dahulu sebelum anda mencintai orang lain. Yang utama itu tentulah cinta kepada Allah, Rasulullah, ibubapa, diri sendiri, agama seterusnya saudara mara. Cinta akan membawa keindahan dan kebahagiaan jika benar matlamatnya hanya kerana ALLAH semata-mata tetapi akan membawa kesangsaraan dan kelembah kehinaan jika hanya dunia matlamatnya. Oleh itu, semaikanlah perasaan cinta hanya kerana Ilahi dan moga-moga cinta itu adalah merupakan jalinan yang telah ditetapkan Allah dan setersnya menjadi ikatan yang suci yang mampu membawa kebahagiaan di dunia dan akhirat. Kawallah nafsumu selagi tiada jalinan yang sah dan menghalalkan kamu berbuat sesuatu yang tidak halal bagimu dan mengundang kemurkaan Allah. Wahai kaum Hawa,bentengkan dirimu dengan keimanan dan perasaan takut kepada Allah. Jangan kau biarkan terlalu mudah maruah dirimu di ragut oleh insan yang tidak berkeperimanusiaan. Periharalah maruah dirimu yang terlalu tinggi nilainya itu. Jadilah sekuntum bunga yang sering didambakan oleh seorang anak Adam yang soleh.





Akhir kata sebagai mengundur diri, ana doakan moga-moga teman-teman yang ana sayangi semua menemui cinta sejati dan hakiki yang telah ditetapkan Allah. Apa yang penting.kejarlah cinta Ilahi terlebih dahulu. Sama-samalah kita memperbaiki diri sendiri di bulan yang mulia ini. Sekian, wassalam. 

No comments:

Post a Comment